Profil

E-Kursus CMS WordPress merupakan kursus tutorial yang diadakan secara dalam talian dan luar talian. Kursus ini pernah dijalankan pada awal Januari 2010 dan ketika itu mendapat sambutan dari kalangan peserta dalam dan luar negara. Alhamdulillah, kami banyak menerima peserta terutamanya dari golongan pendidik, usahawan dan persendirian.

Masih menerapkan konsep yang sama, belajar secara one to one di antara peserta dengan tenaga pengajar. Pada ketika ini kami hanya menerima peserta dari beberapa buah negeri sahaja iaitu dari Melaka, Seremban, Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur secara luar talian. Pada masa yang sama, kami sentiasa mendapat permintaan kursus dari luar negeri antaranya Kelantan, Kedah, Perak, Pulau-Pinang dan lain-lain lagi.

Sehubungan dengan itu, kami telah bercadang untuk melancarkan semula E-KursusĀ  CMS WordPress versi 2.0. E-kursus ini bertujuan bagi membantu masyarakat setempat khususnya yang jauh dari kawasan selatan, agar sama-sama dapat mempelajari dan menguasai dalam bidang ini.

Ikhtiaruddin Md Yasim
Pengurus,
Ikhtiar Network